Hari ini merupakan hari pertama fieldtrip ku di Donegal, saat yang dinanti-nantikan. Bukan kerana “iski” akan tetapi diriku tidak tahan apa yang bakal ku hadapi dalam fieldtrip ini. Selepas berlalunya “day 1” , susah dek kerana mencuba memahami butiran-butiran data yang diperolehi. Sebagai penuntut tahun tiga, kami diajar oleh para professor-professor terbabit dalam menguruskan projek geologi secara berdikari.
Syukur ke hadrat ilahi walaupun diriku merupakan penuntut Brunei tunggal bagi kursus ku , akan tetapi saya tetap mempunyai sahabat yang terdiri daripada pelbagai warganegara. Ini bermula selepas fieldtrip ku ke Cantabria Spain pada musim panas yang lepas. Oleh kerana kursus selama 2 minggu tersebut, saya semakin akrab dengan beberapa rakan seperjuangan yang belum pernah ku bertegur sapa. Kalau iya pun, mungkin sepatah dua sahaja. Walaupun tidak serapat dengan sahabat-sahabat yang mempunyai warganegara sama, tetapi sekurang-kurangnya tidak lah terasa kesunyian tersebut.
Balik kepada fieldtrip tadi, lokasi kedua merupakan pantai “Tremore”. Lokasi pada waktu petang di pantai ini memang dibajiri dengan anjing-anjing belaan penduduk yang menetap di kawasan berhampiran. Oleh itu, aku tidak betah duduk melabuhkan punggungku ke pasir pantai ataupun batu yang dalam “field of view” ku. Dalam perjalanan pulang ke bas, seorang rakan menegurku tentang ketidakinginan ku terhadap mahkluk Allah yang dinamakan sebagai anjing. Lalu ku meminta maaf kepada meraka seandainya perangai ku itu mungkin menyinggung perasaan mereka. Tetapi, sejuk juga hati mendapat tahu apabila rakan ku itu menyatakan dia juga serupa tetapi tidak seteruk I je!
No comments:
Post a Comment