Wednesday, March 18, 2009

Ekstrak "Aura Teruna"

Zairil, seorang pemuda tampan menjawat jawatan sebagai pegawai eksekutif di sebuah kota metropolitan yang tidak lekang dengan bunyi kereta siang malam. Wajahnya yang kacak sering manjadi buruan gadis-gadis di sekelilingnya. Darah campur nya memberinya wajah lain daripada yang lain. Zairil, nama yang sesuai bagi pemuda yang unik. Zairil disukai oleh orang yang berada di sekelilingnya disebabkan personaliti ramah nya yang tidak ada penghujungnya. Namun, jauh di dalam hati Zairil, tersimpan satu rahsia yang besar. Jauh dari pengetahuan orang ramai, Zairil bukan lah pemuda yang sebaik mereka sangka kan. Walaupun Zairil menyayangi kedua ibubapa nya dan akur dengan perintah mereka, dia tetap seorang teruna yang dibenci oleh sekumpulan gadis. Ya, mereka pernah menjadi kekasih Zairil mendambakan sentuhan dan kasih sayang yang utuh dan segar daripada dirinya. Tetapi semua nya punah, setiap kekasihnya tidak mengetahui bahawa dia adalah seorang 'playboy'.

Bagi dirinya, kaum hawa cuma peneman diri di kala dia sepi. Selain daripada itu, dia tidak merasa kepentingan kaum hawa dalam hidupnya. Menjadi kegilaan ramai gadis membuat dirinya semakin angkuh dan lupa diri. Akhirnya, menyebabkan Zairil menganggap gadis-gadis yang menggilainya hanyalah sebagai alat pembuang sepi yang bersarang di dalam dirinya. Zairil tiada kawan rapat kerana sifatnya yang sukar untuk mempercayai insan bernama "kawan". Baginya, tiada sesiapa pun yang faham akan dirinya yang sebenar melainkan kedua ibubapanya. Walaupun Zairil seorang 'playboy' namun dia bukan teruna yang bertindak melulu. Walaupun mempunyai ramai teman wanita dalam satu masa, tidak terlintas langsung di fikirannya untuk membuat perzinaan. Baginya, kaum teruna juga mempunyai "kesucian" selain daripada maruah dan harga diri. Zairil pernah berusaha untuk taubat, tetapi kebiasaannya mempunyai teman wanita lebih dari satu menjadi satu kemestian baginya. Ianya ibarat dadah yang meresap dirinya. Makin lama semakin menusuk dalam dirinya.

Tabiat 'playboy' nya terbit di kala cintanya dibelot oleh gadis yang pernah dicintainya dahulu. Perkahwinan mengejut bekas kekasihnya membuatkan dirinya lemah tidak terdaya, menangis semalaman mengenangkan bahtera bahagia yang semakin dikecapinya musnah dalam sekelip mata. Dia terfikir untuk mengambil ubat terlarang untuk cuba melupakan hal tersebut. Namun, dia sedar ianya hanya memusnahkan dirinya di kemudian hari. Oleh itu, terbitnya satu idea di kala marahnya membuak-buak membuatkan dia tidak gentar untuk mencubanya. Awal-awal, Zairil cuma mempunyai rasa ingin mencuba menjadi 'playboy'. Entah tidak semena-mena, dia merasa seronok dikelilingi gadis-gadis bergelar "teman wanita". Dia tidak percaya akan cinta sejati lagi. Baginya benda begitu hanya wujud di drama. Illusi semata-mata. Sampai kini, dendam nya terhadap bekas kekasihnya masih merah menyala.

No comments: