Saturday, March 14, 2009

Ekstrak "Cinta Facebook"

Facebook, satu entiti yang lahir dari dunia internet. Tempat di mana Hafiz sering meluangkan masa lapang nya setiap kali lepas kuliah. Hafiz tiada niat apa-apa selain daripada membuang masa nya, justeru itu mula menjinak-jinakkan dirinya dengan facebook sejak dia menapak kakinya di tanah asing. Gadis-gadis dara yang ingin berkawan dengan diri nya di layan hambar begitu saja bak ibarat fesyen lama, tidak dihiraukan langsung. Bukan dia sengaja berbuat sedemkian, Hafiz memang terkenal dengan sikap nya yang tidak mesra dengan perempuan terutama yang tidak rapat dengannya. Bukan senang untuk Hafiz melahirkan rasa kepercayaan terhadap kaum hawa sejak tragedi hitam yang telah mengubah dirinya 2 tahun dahulu.

Bukan Hafiz tidak ingin dibelai dengan kasih sayang seorang gadis mahupun diikatkan dengan jalinan kasih bertautkan I love you, dia mempunyai keinginan sedemikian namun dilupakannya sahaja mengenangkan saat cintanya dibelot oleh bekas kekasihnya. Pedih hatinya ibarat darah yang mengalir berterusan, tidak surut, masih deras mengalir. Namun Hafiz sangat bersyukur kerana mampu berdiri semula selepas peristiwa tersebut. Dia bernekad untuk tidak bercinta lagi buat masa ini. Cinta dan kasihnya hanya untuk Ilahi,Rasul,agama,ibubapa dan keluarganya. Baginya, teman hidup boleh di cari di kemudian hari. Apa yang penting adalah harapan ibubapa nya terhadap dirinya dalam menimba ilmu di negara orang.

Facebook bagi Hafiz adalah sebuah permainan di mana penipuan mudah terjadi. Kerana itulah dia tidak percaya terhadap "kawan-kawan" yang berada di dalam facebook nya. Dia tidak percaya kepada mereka selagi tidak bersemuka, bertentang mata. Gadis yang mengajaknya untuk chatting baginya cuma mendambakan status dari single kepada in a relationship. Semuanya ibarat sebuah permainan bagi Hafiz yang hanya membuang masanya. Namun hidup Hafiz akan berubah sedikit demi sedikit disebabkan seorang gadis yang tidak disangkakan mampu mengubah Hafiz, membuat tragedi hitam Hafiz semakin pudar beralih kepada memori yang ceria.


Apakah kisah seterusnya??

No comments: